Kelab Penerbitan sebagai Tetamu "ALLY"

Pada4 Februari 2009 (Rabu) Kelab Penerbitan (Publishing Club) telah pun diundang sebagai penonton bagi Program Ally bertempat di Studio 2 Shah Alam. Kesempatan yang diberikan ini juga, ahli-ahli kelab berpeluang melihat sendiri bagaimana satu program dirakam dan disiarkan di kaca tv. Banyak juga yang dipelajari semasa program ini berlangsung, khususnya mengenai penerbitan. Selain isu yang mengupas tentang topik "Lawak" ahli-ahli kelab turut berkesempatan bertemu dan bermesra dengan artis-artis seperti Ally, Dato Jamali Shadat dan juga Aflin Shauki. Program ini bukan sahaja memberi peluang pelajar untuk menjadikan ia sebagai satu aktiviti kelab di luar kawasan kolej (outdoor program) malah mendedahkan mereka dengan dunia penerbitan yang sebenar. Sebagai mentor kelab, saya turut merasa gembira dan bangga dapat menjadi sebahagian daripada program ini.

** klik imej utk resize...


Ahli kelab, Mentor dan Pegawai pengiring bergambar beramai-ramai bersama Ally Iskandar


Gambar ahli kelab yang akan dijadikan kenangan untuk aktiviti kali ini

Mentor (Puan Ira) dan pegawai pengiring (Cik Fara & Pn Niza) ambil peluang juga nak bergambar dengan Ally


Nak cuba gaks duduk kat tempat Ally nih... waahhh memang special!!


Tengah tunggu bas... sempat jugak bergambar

Teruskan Membaca...

KEPADA PELAJAR DSK 6

Assalammualaikum wbt.

Kepada pelajar DSK 6 yang mengambil subjek SMM2302, jadual peperiksaan untuk program DSK-UPM telah pun dikeluarkan. Sukacita di sini saya senaraikan butir-butir yang berkaitan dengan subjek anda ialah :-

Kod & Nama Subjek : SMM2302 - Grafik Dan Animasi Komputer
Tarikh : 23 Februari 2009 (Isnin)
Masa : 11.00am - 12.00pm
Tempat : Bilik Aktiviti.


Selamat Maju Jaya...

Teruskan Membaca...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...