Kepada pelajar DTM 3, di bawah ini saya lampirkan Fasa-Fasa yang terlibat dalam Kajian mengenai Rangkaian. Jadikan ia sebagai panduan untuk anda menjalankan kajian. Selamat Maju Jaya.
Perancangan :
1. Para pelajar dibahagikan dengan beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu mencari syarikat-syarikat yang berlatarbelakang sistem maklumat
Analisis :
1. Setelah syarikat telah dicari, pelajar diminta menyediakan laporan bertulis mengenai latarbelakang syarikat.
2. Pensyarah meneliti laporan tersebut dan memberi kelulusan untuk menjalankan kajian kepada setiap kumpulan.
Pemerhatian :
1.Pelajar di beri kebenaran dan pelepasan untuk menjalankan kajian di syarikat yang ditentukan.
2.Membuat **kajian, pemerhatian dan analisa ke atas rangkaian dan senibina yang dijalankan oleh syarikat.
Soal Selidik :
1.Pelajar dikehendaki menjalani sesi soal jawab dan temuramah kepada Pegawai atau Penolong Pegawai Sistem Maklumat.
Laporan & Persembahan :
1.Pelajar dikehendaki menyediakan laporan ke atas syarikat yang dikaji.
2.Pelajar perlu membuat pembentangan kepada pensyarah mengenai rumusan kajian yang telah dijalankan.
Pelajar DTM 3