Kepada pelajar DTM 3, di bawah ini saya lampirkan Fasa-Fasa yang terlibat dalam Kajian mengenai Rangkaian. Jadikan ia sebagai panduan untuk anda menjalankan kajian. Selamat Maju Jaya.
Perancangan :
1. Para pelajar dibahagikan dengan beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan perlu mencari syarikat-syarikat yang berlatarbelakang sistem maklumat
Analisis :
1. Setelah syarikat telah dicari, pelajar diminta menyediakan laporan bertulis mengenai latarbelakang syarikat.
2. Pensyarah meneliti laporan tersebut dan memberi kelulusan untuk menjalankan kajian kepada setiap kumpulan.
Pemerhatian :
1.Pelajar di beri kebenaran dan pelepasan untuk menjalankan kajian di syarikat yang ditentukan.
2.Membuat **kajian, pemerhatian dan analisa ke atas rangkaian dan senibina yang dijalankan oleh syarikat.
Soal Selidik :
1.Pelajar dikehendaki menjalani sesi soal jawab dan temuramah kepada Pegawai atau Penolong Pegawai Sistem Maklumat.
Laporan & Persembahan :
1.Pelajar dikehendaki menyediakan laporan ke atas syarikat yang dikaji.
2.Pelajar perlu membuat pembentangan kepada pensyarah mengenai rumusan kajian yang telah dijalankan.
Pelajar DTM 3
Semester Baru.....
Assalammualaikum wbt dan Salam Sejahtera buat pelajar-pelajar...
Terlebih dahulu saya ucapkan Selamat Datang buat pelajar-pelajar baru semester ini. Tidak lupa juga buat pelajar-pelajar senior yang meneruskan Semester 1 Sessi 2008/2009.
Semoga azam di semester baru terus mencuba yang terbaik dan berusaha mencapai kejayaan dari cemerlang kepada lebih cemerlang lagi.
Akhir sekali saya doakan semoga anak didik saya semoga maju jaya hendaknya....