PELAJAR DSK 3 & 5

BUAT PELAJAR DSK 3 & 5 YANG MENGAMBIL SUBJEK E-PERDAGANGAN.. DIBAWAH INI, SAYA SENARAIKAN PENERANGAN BAGI SETIAP SUB-SEKYEN YANG ANDA PERLU BUAT UNTUK PROPOSAL DAN LAPORAN KERJA KURSUS ANDA. DIHARAPKAN PENERANGAN DI BAWAH INI DAPAT DIJADIKAN PANDUAN. SEBARANG PERTANYAAN, ANDA DIALU-ALUKAN BERTANYA SAYA SAMADA SECARA ONLINE (JZ ADD PERTANYAAN ANDA PADA KOMEN) ATAU TERUS EMAIL PADA SAYA : iraghazali80@gmail.com

ANDA DIKEHENDAKI MENGHANTAR DRAF PROPOSAL INI SELEWAT-LEWATNYA PADA HARI ISNIN - 18.08.2008 - SEBELUM 5.30PETANG SECARA ONLINE (MELALUI EMAIL SAYA). KEGAGALAN ANDA MENGHANTAR DRAF PROPOSAL INI, MENYEBABKAN MARKAH ANDA DI TOLAK DAN SAYA TIDAK AKAN MEMANTAU HASIL KERJA ANDA PADA FASA YANG SETERUSNYA...

HARAP MAKLUM




** ISI KANDUNGAN

1.0 Isi Kandungan
- senarai kandungan berserta mukasurat -

2.0 Penghargaan
- ucapan terima kasih dan penghargaan pada semua pihak yang terlibat semasa anda menyiapkan kerja kursus ini -

3.0 Pengenalan
- Perihalkan tentang pengenalan kepada E-Perdagangan dan kepentingannya.
- Bandingan perniagaan secara tradisional dan E-Perdagangan.
- Perihalkan kebaikan dan keburukan E-Perdagangan. (berikan ulasan anda mengapa perniagaan E-Perdagangan menjadi pilihan anda)

4.0 Latarbelakang Syarikat
- Perihalkan latarbelakang syarikat anda. Contoh : Samada perniagaan anda berdasarkan jual beli, penempahan secara online, perkhidmatan kaunseling secara online dan sebagainya.
- Apakah servis/perkhidmatan/kemudahan yang ditawarkan syarikat anda?
- Apakah kelebihan syarikat anda?

5.0 Latarbelakang Pemilik Syarikat [Carta Organisasi + Bussiness Card]
- Perihalkan ahli lembaga pengarah yang terlibat; jawatan, syer dan sebagainya.
- Lampirkan carta organisasi syarikat
- Setiap ahli lembaga pengarah, lampirkan juga gambar berukuran pasport dan kad perniagaan yang anda sendiri design/reka.

6.0 Objektif
- Apakah objektif syarikat anda?
- Kaitan objektif dari segi organisasi, pelanggan, servis... dan sebagainya.

7.0 Matlamat
- Apakah matlamat syarikat anda?
- Apakah sasaran yang syarikat anda sasarkan?

8.0 Visi & Misi
- Apakah misi dan visi syarikat anda, contoh : Misi 3M (Mesra, Mudah, Menarik)
- Apakah strategi yang anda rancangkan?

9.0 Kajian Literature [Sertakan diagram/rajah]
- Sila buat kajian pada laman web sedia ada. Buat ulasan pada setiap kajian anda.

Contoh : Katakan anda ingin membuka syarikat penempahan tiket wayang. Sila rujuk pada website/portal TGV atau GSC. Kajilah laman web ini dari segi antaramuka (interface), menu, pautan (link) yang disediakan, proses-proses yang ada (penempahan, trailer, pendaftaran, pembayaran) dan sebagainya.

- Lampirkan rajah antaramuka (interface) dan borang-borang (pendaftaran,penempahan dan pembayaran) yang ada pada portal tersebut.

10.0 Rekabentuk antaramuka sistem [Serta diagram/rajah]
- Setelah kajian dan ulasan dibuat, rekabentuk pula antaramuka yang bakal anda bangunkan pada perniagaan anda. Lakarkan antaramuka utama, borang-borang
yang ada, butang/icon yang disediakan dan apa sahaja yang anda rasa sesuai dimasukkan di antaramuka sistem anda. (Rekabentuk adalah mengikut kreativiti anda)

10.1 Menu
10.2 Pendaftaran
10.3 Pembayaran

11.0 Rumusan
- Ulasan mengenai sistem yang bakal anda bangunkan.
- Perihalkan kekangan yang ada di dalam sistem anda
- Perihalkan juga harapan anda terhadap sistem yang dibangunkan.

12.0 Rujukan
- Senaraikan portal/buku dan apa juga bahan rujukan sepanjang anda membangun dan merekabentuk sistem ini.

Teruskan Membaca...

Rajah Media Terarah untuk Pelajar DTM3

- TWISTED PAIR (KABEL PASANGAN TERPIUH) -




- FIBER OPTIC (KABEL GENTIAN OPTIK) -



- COAXIAL CABLE (KABEL SEPAKSI) -

Teruskan Membaca...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...