MALU???

Saya ni pemalu ke? Mungkin yang kenal saya sejak dulu, akan kata saya ni pendiam & pemalu. Buat pelajar-pelajar saya yang bakal membuat "presentation" berikut adalah beberapa tips untuk dikongsi bersama :


Kurangkan perasaan malu

Untuk mengurangkan perasaan malu, lakukan langkah sedikit demi sedikit. Kalau tiba-tiba buat public speaking atau public appearance, memang la tak berani and rasa malu. Tetapi, buat sedikit- sedikit, contoh, kalau dalam meeting tak pernah bersuara, paksakan diri untuk bersuara walaupun sedikit sahaja. Lama kelamaan, perasaan malu akan berkurangan sedikit demi sedikit.

Jangan risau dengan tanggapan orang

Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contoh, kita takut ?apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara?. Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan. Pada hakikatnya, ia memang benar- orang disekeliling anda ingin mengetahui lebih dalam mengenai anda!

Berlakon

Yang ini favourite saya. Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenrnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tak perlu tunjukkan yang anda ni pemalu. Berlakon seperti Rosyam Nor ke, seperti Erra ke, yang anda bukan seorang yang pemalu. Anda akan mendapati dalam sedang berlakon itu, perasaan malu akan hilang tiba-tiba!



p/s: Sifat pemalu sememangnya ada baiknya. Cuma jangan jadikan sifat pemalu itu menghentikan kejayaan anda!

Teruskan Membaca...

BUAT PELAJAR DSK6


Buat semua pelajar DSK khususnya DSK 6,
Semoga Berjaya menjawab soalan peperiksaan minggu ini....
Tenangkan hati, bersihkan minda, mulakan dengan Bismillah

Teruskan Membaca...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...