Belajar Cara Sistem PQRST



SELAMAT MAJU JAYA KEPADA PELAJAR CYBERNETICS UNTUK PEPERIKSAAN PERTENGAHAN YANG BERMULA PADA 2 MAC 2008. BAGI YANG BERAGAMA ISLAM, MULAKAN MENJAWAB DENGAN LAFAZ BISMILLAH DAN DIAKHIRI DENGAN ALHAMDULILLAH....

Sistem PQRST adalah suatu cara yang diperkenalkan oleh EL Thomas dan Ha Rabinson dalam buku mereka yang bertajuk "Improving Reading In Every Class". Berikut adalah lima item yang menjadi tunjang sistem ini.

(a) Preview ( mengimbas Tajuk-tajuk Penting )
Dalam item ini pelajar disarankan agar melihat tajuk utama dalam sesuatu bab dan seterusnya melihat tajuk-tajuk kecil yang menjadi rangka dalam menggambarkan maklumat atau isi penting dalam keseluruhan bab.

(b) Question ( Menyoal )
Daripada rangka ini, bina soalan yang boleh membantu anda mencari isi penting. Dengan cara ini anda boleh mengingati sesuatu dengan lebih jelas.

(c) Read ( Membaca )
Membaca sesuatu tajuk akan menjadi lebih bermakna kerana setiap ayat menjawab soalan anda sendiri dari rangka topik

(d) Self-Recitation ( Menyebut Satu Persatu )
Apabila anda sudah membaca, anda perlu mencatat atau melakar sesuatu gambarajah berkaitan dengan apa yang difahami. Kemudian baca isi penting itu semula tanpa melihat nota yang telah anda catatkan.

(e) Test ( Ujian )
Untuk memastikan anda sudah memahami dan mengingati fakta sebaiknya, anda perlu membuat penilaian kendiri. Dua cara boleh dilaksanakan iaitu melaksanakan ujian-ujian tahun lepas tanpa melihat rujukan dan menggunakan teknik soal jawab dengan bantuan rakan.

Teruskan Membaca...

Kelab Penerbitan & Kelab PRS tetamu aLLy lagik!

Kelab Penerbitan sekali lagi dijemput ke program ALLY... tapi kali ini Kelab Pembimbing Rakan Siswa join sekali.. Topik kali ni adalah topik CINTA.. sebab tu student berpakat nak pakai baju kaler pink. Dengan mentor2 sekali pakai baju pink.. huhu... Artis jemputan Jue Aziz dan Wan Norazlin.. ermm kemain student cybernetics bergambar dengan Jue Aziz!! Next week kalau dijemput, saya decide nak bagi kelab En Azhar Jr.. sebab dah penat glamour :p


Bergambo sekali lagi kat atas stage Ally



Mentor2 sebok nak posing


Cik Fara nak tunjuk dapat paper bag dr TV3




Antara MT Kelab Penerbitan yg memang suka interframe... mentor pun tumpang sekaki!


Antara pelajar2 yang join kelab ALLY... tengah tunggu bas... dah penat! nak balik....

Teruskan Membaca...

Kelab Penerbitan sebagai Tetamu "ALLY"

Pada4 Februari 2009 (Rabu) Kelab Penerbitan (Publishing Club) telah pun diundang sebagai penonton bagi Program Ally bertempat di Studio 2 Shah Alam. Kesempatan yang diberikan ini juga, ahli-ahli kelab berpeluang melihat sendiri bagaimana satu program dirakam dan disiarkan di kaca tv. Banyak juga yang dipelajari semasa program ini berlangsung, khususnya mengenai penerbitan. Selain isu yang mengupas tentang topik "Lawak" ahli-ahli kelab turut berkesempatan bertemu dan bermesra dengan artis-artis seperti Ally, Dato Jamali Shadat dan juga Aflin Shauki. Program ini bukan sahaja memberi peluang pelajar untuk menjadikan ia sebagai satu aktiviti kelab di luar kawasan kolej (outdoor program) malah mendedahkan mereka dengan dunia penerbitan yang sebenar. Sebagai mentor kelab, saya turut merasa gembira dan bangga dapat menjadi sebahagian daripada program ini.

** klik imej utk resize...


Ahli kelab, Mentor dan Pegawai pengiring bergambar beramai-ramai bersama Ally Iskandar


Gambar ahli kelab yang akan dijadikan kenangan untuk aktiviti kali ini

Mentor (Puan Ira) dan pegawai pengiring (Cik Fara & Pn Niza) ambil peluang juga nak bergambar dengan Ally


Nak cuba gaks duduk kat tempat Ally nih... waahhh memang special!!


Tengah tunggu bas... sempat jugak bergambar

Teruskan Membaca...

KEPADA PELAJAR DSK 6

Assalammualaikum wbt.

Kepada pelajar DSK 6 yang mengambil subjek SMM2302, jadual peperiksaan untuk program DSK-UPM telah pun dikeluarkan. Sukacita di sini saya senaraikan butir-butir yang berkaitan dengan subjek anda ialah :-

Kod & Nama Subjek : SMM2302 - Grafik Dan Animasi Komputer
Tarikh : 23 Februari 2009 (Isnin)
Masa : 11.00am - 12.00pm
Tempat : Bilik Aktiviti.


Selamat Maju Jaya...

Teruskan Membaca...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...