KEPADA SEMUA STUDENT SAYA SEMESTER II 2010/2011 IAITU DPP3M, DTM3M, DTM4M, DTM4X, DTM6 & DKS4 PEPERIKSAAN AKHIR ANDA ADALAH PADA :-
12 MAC 2011 (SABTU)
MASA & TEMPAT AKAN DIBERITAHU KELAK.
HARAP MAKLUM
POSITIF
1. Sediakan Waktu Khusus
2.Kurangkan Berbicara Sendirian
3.Tuliskan Apa Yang Terlintas Di Fikiran dan Bayangan Kemungkinan Yang Akan Berlaku
4.Ambil Langkah Tepat Untuk Mengatasi Masalah
5.Rehat dan Manjakan Diri
6.Cari Hobi dan Sesuatu Minta Untuk Mengisi Masa Lapang
7.Bersikap Optimis
MooD
CEMERLANG
Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
a) kita ingat 10% apa yang dibaca b) kita ingat 20% apa yang didengar c) kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat d) kita ingat 70% apa yang dicakapkan e) kita ingat 90% setelah dipraktikkan
Janji Guru
Hidup seorang guru sungguh bahagia Terkenang jasa diluput tidak Tapi pena orang luar Bila berbicara soal guru Aku menjawab tenang
Orang kata guru itu payah Siang pergi malam kerja Aku kata guru itu mudah Siang bergaji malam bahagia Pagi tak pernah rugi Malam tidurpun selesa
Orang kata guru itu penat Gaji tak seberapa kerja berlambak Aku kata guru itu rehat Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat Ilmu yang dicurah tak dapat disekat Makin dicurah makin mendekat
Orang kata guru itu sungguh bosan Setiap tahun muka sama setiap bulan Aku kata guru itu singguh riang Sekali berkata murid ketawa girang Bila berjaya murid terus menjulang Jasa bakti tak pernah hilang
Orang kata guru itu sepi Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi Aku kata guru itu "happy" Jasa bakti dipercayai Masuk kedalam hutan untuk berbakti Pada bangsa anak pertiwi Agak kelak menabur bakti Setelah keluar dari IPT
Orang kata guru itu susah Orang berkereta mewah berbatunya rumah Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena Aku kata guru itu senang Kereta tak ada tak bayar hutang Rumah sederhana berhati tenang Tidur lena pencuri tak datang Tak dapat pindah bukan penghalang Menerus hidup seorang pejuang
Orang kata apa boleh dikata Kalau hati sudah dimahkota Janji guru janji dikota Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta Jangan takut bila dikata Janji kita harus dikota Luput tidak diingat dikata.
Sesungguhnya
Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu Tapi aku tidak mengerti Mengapa cinta masih tak hadir Tapi aku tidak mengerti Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya walau ku kutip Semua permata di dasar lautan Sesungguhnya walau ku siram Dengan air hujan dari tujuh langit Mu Namun cinta tak kan hadir Namun rindu takkan ber bunga
Ku cuba menghulurkan Sebuah hadiah kepada Mu Tapi mungkin kerana isinya Tidak sempurna tiada seri
Ku cuba menyiramnya Agar tumbuh dan berbunga Tapi mungkin kerana airnya Tidak sesegar telaga kauthar
Sesungguhnya walau ku kutip Semua permata di dasar lautan Sesungguhnya walau ku siram Dengan air hujan dari tujuh langit Mu Namun cinta tak kan hadir Namun rindu tak akan berbunga Jika tidak mengharap rahmat Mu Jika tidak menagih simpati Pada Mu ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu Moga ku tahu Syukur ku hanyalah milik Mu
Kepada Pelajar DCIT 4 yang mengambil subjek Grafik dan Animasi.. Hari ini, SELASA 23/2/2010 kelas dibatalkan dan akan diganti kepada hari lain. Saya MC.. Harap Maklum. Terima kasih.
Laman web ini dibangunkan sebagai kemudahan para pelajar khususnya kumpulan pelajar di bawah jagaan saya. Antara kemudahan yang disediakan adalah chit chat, nota, latihan, pengumuman, time table dan sebagainya. Semoga laman web ini sedikit sebanyak membantu para pelajar untuk berkomunikasi dengan saya secara maya dan dapat membantu anda utk mendapatkan maklumat terkini daripada saya.
My Heart
AL-FATIHAH
Al-Fatihah buat ayahanda tercinta yang telah kembali ke rahmatullah pada 6 Januari 2009. Semoga ayahanda bersemadi dengan tenang di sana. Anakanda doakan semoga rohmu dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.. amin.. ya rabulalamin..