CarryMark Pengenalan Kepada Multimdia - DTM1, 2M

Buat pelajar DTM 1, 2m sila semak carrymark anda di bawah...
(klik image to resize)

Untuk makluman anda semua, carrymark yang saya lampirkan ini hanyalah 60%....
20% akan dikira untuk kajian dan pembentangan yang telah anda lakukan... pemarkahan pembentangan telahpun saya bacakan pada hari terakhir kelas, so masing2 target laa sendiri... 20% untuk kajian dan 20% lagi untuk final..... selamat maju jaya semua....



Teruskan Membaca...

CarryMark GraFik dan AniMasi - DTM 3B



**klik image to resize

Teruskan Membaca...

CarryMark GraFik dan AniMasi - DTM 3A



**klik image to resize

Teruskan Membaca...

10 Petua Hadapi Peperiksaan

1. Jangan panik

Sebaik melangkah masuk ke dewan peperiksaan, jangan panik kerana ia mampu membuatkan kita lupa 50 peratus apa yang sudah dipelajari selama ini. Tanamkan keyakinan dalam diri anda boleh menjawabnya.

2. Kajian terhadap topik dan pemetaan maklumat

Semak sama ada anda memahami sepenuhnya, separuh atau tidak memahami langsung bab berkenaan. Jika ada bab yang belum difahami sepenuhnya, segera buat peta minda dengan mencatat maklumat penting yang berkaitan.

3. Semak soalan tahun lalu (setiap subjek)

Biarpun soalan akan berubah setiap tahun, anda tetap perlu menyemaknya untuk membandingkan kekerapan topik berkenaan keluar dalam setiap peperiksaan.

4. Banyakkan pembelajaran secara output learning

Di saat-saat akhir, anda seharusnya banyak mengulang kaji pelajaran secara output learning iaitu mengeluarkan kembali kefahaman anda kepada bentuk lakaran ataupun menerangkan kepada rakan. Ia dapat membantu menguatkan ingatan terhadap sesuatu mata pelajaran.

5. Memperbanyakkan latih tubi dan ujian simulasi

Satu cara untuk menguji sejauh mana pemahaman anda terhadap sesuatu subjek adalah melalui latihan berterusan (latih tubi) dan soalan tahun sebelumnya. Ia mampu menolong anda mengatasi bahagian subjek yang lemah.

6. Nota ringkas

Nota ringkas amat penting dan berguna kerana ia senang dibawa ke mana saja. Anda boleh membaca catatan nota ringkas berkenaan di waktu terluang.

7. Pastikan mendapat tidur dan rehat secukupnya

Biar sesibuk mana sekalipun, anda perlu mendapat tidur dan rehat cukup. Jangan lupa bersenam sekurang-kurangnya 10 minit bagi memastikan badan kekal cergas. Pengaliran oksigen yang baik boleh menghasilkan otak yang cerdas.

8. Pemakanan berkhasiat dan seimbang

Elak mengambil terlalu banyak makanan yang mengandungi kafein kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan.

9. Kawal emosi

Elak terbabit dalam sebarang konflik yang boleh menggugat ketenangan emosi di saat anda akan menduduki peperiksaan. Jangan menimbulkan sebarang pertelingkahan atau terasa hati dengan rakan-rakan atau keluarga kerana ia boleh menggugat ketenangan ketika menjawab soalan kelak.

10. Banyakkan berdoa dan bersolat

Sebagai makhluk yang lemah, kita memang tidak dapat lari daripada berdoa kepada Allah s.w.t. Bagi yang beragama Islam, anda perlu memper banyakkan solat hajat, tahajud dan berdoa memohon bantuan-Nya. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan, pohon keampunan dan keredaan daripada ibu bapa dan guru.

Teruskan Membaca...

Tradisi Ganjil Mahasiswa Dalam Fasa Peperiksaan

Kini, kita mendapati mahasiswa seolah-olah beruzlah dan berkhalwat yang merujuk kepada mengasingkan diri dengan mengulang kaji dan menghafal fakta-fakta, teori-teori dan nota-nota penting bagi menghadapi peperiksaan. Pada waktu seperti ini juga, barulah kita dapat melihat seolah-olah mahasiswa begitu komited dengan tradisi keilmuan. Mereka juga seolah-olah begitu ikhlas mengamalkan budaya ilmu dalam kehidupan mereka. Mereka kononnya seperti para ulama Islam yang mampu menghafal al-Quran pada usia yang begitu muda umpama Imam Syafie, mengingati rangkaian hadis bersama sanad sekali persis Imam Bukhari, pakar pelbagai bidang macam Imam Ghazali.

Dikatakan sebegini kerana kita kagum dengan keprihatinan mereka dengan ilmu yang dipelajari, fakta yang dikaji, sejarah yang diingati. Pada fasa ini juga, setiap malam mereka akan berdepan dengan berlapis-lapis buku ilmiah, kitab-kitab muktabar yang berjilid-jilid, nota-nota pelbagai corak dan peta minda bersistematik. Kelihatan mereka ini begitu ikhlas dengan ilmu, amanah dengan tanggungjawab terhadap pengalaman ilmu dan rajin mengkaji mencari hikmah di sebalik ilmu Allah yang luas.

Sebenarnya, sama ada kita mengakui atau tidak, ilmu yang kita pelajari kini hanyalah untuk peperiksaan sahaja. Fakta-fakta dan teori-teori yang diingati hanyalah sekadar untuk mengisi ruangan kertas jawapan. Hadis-hadis dan ayat-ayat suci al-Quran digunakan sekadar untuk tempoh tidak lebih dari 2 atau 3 jam peperiksaan. Huraian berdasarkan pendapat ulama dan ilmuwan hanya sekadar memenuhi syarat mendapat segulung ijazah sarjana muda, sarjana tinggi dan PhD.

Kalau ilmu yang dituntut sekadar seperti yang disentuh di atas, maka tiada gunanya ilmu tersebut bagi mahasiswa. Keadaan ini tidak sedikit pun memberi faedah kepada mereka. Alangkah malangnya, ilmu yang sebegitu mulia dan tinggi darjatnya, diperlakukan sebegitu sahaja. Mahasiswa yang berfikiran sedemikian, sepatutnya mengakui bahawa mereka cetek akal. Ilmu umpama cahaya sebagai simbolik kepada nilai yang berharga. Mahasiswa yang bersikap sebegini tidak layak menerima cahaya tersebut.

Di mana kita, jika kita bandingkan diri kita dengan ulama dulu yang sebelum meninggal, masih sempat mengarahkan pembantunya memberi kertas untuk ditulis idea yang muncul ketika itu? Bagaimana pula apabila kita cuba bandingkan dengan ulama yang mana ketika beliau meninggal dunia, buku masih di atas badannya? Perbandingan ini, diharapkan juga dapat mencabar rasa ego kita yang selama ini berasa hebat dengan ilmu yang dimiliki. Padahal ilmu yang ada hanya dari bilik kuliah sahaja tanpa ada inisiatif untuk mendengar kuliah di masjid dan sebagainya. Ilmu di bilik kuliah Itu pun barangkali sekadar untuk peperiksaan.

Di dalam ruangan ini, diharapkan warga Cybernetics agar muhasabah atau menilai kembali tujuan ilmu dipelajari, objektif kita berada di sini dan matlamat kita setelah mencari ilmu. Di sinilah, tempat di mana lahirnya pelbagai sarjana negara, ilmuwan tempatan, ulama kontemporari dan golongan profesional. Namun, adakah kita layak diberi status ini?

Status ini sebenarnya hanya layak bagi mereka yang menganggap peperiksaan bukanlah ujian akhir yang mana apa yang dihafal dan difahami sekali gus hilang selepas peperiksaan. Sebaliknya, selepas peperiksaan, ilmu tersebut masih subur di hati mahasiswa. Mereka menganggap peperiksaan sebagai batu loncatan untuk mereka meningkatkan lagi tingkat keilmuan mereka, sebagai motivasi pemberi semangat untuk menambahkan ilmu dan sebagai pemberi cabaran sama ada mahasiswa mampu atau tidak menghadapi peperiksaan ini.

Mereka juga tidak beranggapan peperiksaan sebagai matlamat akhir dalam pencarian ilmu. Bagi mereka, ilmu yang dipelajari adalah sebagai tanda kecintaan mereka terhadap Allah Taala dan Rasulnya SAW. Ilmu yang dipelajari tidak bertujuan untuk mencari pekerjaan, rumah dan kereta besar semata-mata. Tidak sekadar merangkul segulung ijazah, tidak juga memperalatkannya untuk mengambil hati pasangan yang diminati serta membuatkan bakal ibu dan bapa mertua menyukainya…

Ingatlah, seorang sarjana, Syed Hossein Nasir pernah meluahkan kebimbangan beliau, dewan kuliah di institusi pendidikan barangkali akan tinggal nama sahaja tanpa memiliki semangat dan visi keintelektualan. Justeru, marilah kita sama-sama membetulkan kembali pendirian kita terhadap peperiksaan, keintelektualan, kesarjanaan dan pencarian ilmu. Semoga berjaya dalam peperiksaan.

umber : arkib artikel pmium.org

Teruskan Membaca...

ITM2113 - PENGENALAN KEPADA MULTIMEDIA

Format Soalan :

Bahagian A : Pemahaman (Struktur) - 7 soalan (20M)
Bahagian B : Pengetahuan (Esei Pendek) - 3 soalan (15M)
Bahagian C : Aplikasi (Adobe Photoshop) - 5 Soalan (5M)

Topic Cover : Bab 1 - Bab 3

Tips : Studi latihan yang saya bagi!

Teruskan Membaca...

ITM2323 - GRAFIK & ANIMASI KOMPUTER

Format Soalan :

Bahagian A : Objektif - 10 soalan (10M)
Bahagian B : Pemahaman (Isi Tempat Kosong + Padankan) - 2 soalan (10M)
Bahagian C : Pengetahuan (Esei Pendek) - 5 soalan (15M)
Bahagian D : Aplikasi - 5 Soalan (5M)

Topik Cover : Bab 1 - Bab 6

Tips : Studi semua latihan yang pernah saya bagi!

Teruskan Membaca...

SIM 2209 : E-PENTADBIRAN

Salams, harap maaf buat pelajar DSK5... Oleh kerana kesilapan teknikal, maka saya tak dapat nak bagi format Ujian 1 dengan seawal yang boleh. Walau bagaimanapun saya ucapkan selamat maju jaya buat anda semua.

Format Soalan :
7 Soalan Esei (Jawab SEMUA soalan) - 100 Markah


Tips :
Study contoh2 soalan past year yang pernah saya bagi + latihan study case

Teruskan Membaca...

SELAMAT MAJU JAYA


BUAT SEMUA PELAJAR-PELAJAR CICT KHUSUSNYA PELAJAR2 DSK 5, DTM1, DTM3A & DTM3B SEMOGA BERJAYA PADA PEPERIKSAAN YANG BAKAL BERLANGSUNG..

Teruskan Membaca...

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan buat semua warga CICT...
Banyakanlah amal ibadah di bulan mulia ini...
Semoga kita mendapat keberkatan daripadaNya..

Teruskan Membaca...

PEMBERITAHUAN :: KOLEJ TUTUP


Berikutan wabak H1N1... didapati ramai pelajar yang telah dikuarantin dan terdapat juga sebilangan pelajar yang positif H1N1... maka dengan itu CICT mengisytiharkan kolej ditutup selama seminggu bagi PELAJAR-PELAJAR CICT bermula 3 Ogos hingga 9 Ogos.... Sessi pembelajaran bermula seperti biasa pada 10 Ogos 2009. Harap Maklum...




Kenapa Lecturer tak cuti.... waaaaaaa

Teruskan Membaca...

Influenza A (H1N1)

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan.
Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain.

Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik
.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup.
Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

*** pesanan buat pelajar2 CICT ~ jaga kesihatan diri baik-baik..... semoga Allah lindungi kalian =)

Teruskan Membaca...

E-Pentadbiran : Tutorial 1

1. Nyatakan definisi organisasi maya secara umum
2. Nyatakan definisi organisasi maya didalam teknologi maklumat
3. Terangkan 5 istilah organisasi maya
4. Kolaborasi atau perkongsian merupakan salah satu istilah di dalam organisasi maya. Nyatakan perkongsian apa yang dimaksudkan dalam organisasi maya.
5. Terangkan ciri-ciri organisasi maya
6. Nyatakan kebaikan dan kelemahan organisasi maya

Sila hantar tutorial ini, bertaip selewat-lewatnya pada hari rabu, 5 ogos 2009

Teruskan Membaca...

TUGASAN 1 - MEMBANGUNKAN SISTEM MAKLUMAT

Perhatian kepada pelajar DSK 5 :

Dibawah ini saya senarai nama pelajar dan nama sistem yang akan dibangunkan. Terdapat beberapa perubahan pada modul (yang bertanda *). Dan ada juga sistem yang telah saya tukar kepada sistem baru berikutan sistem tersebut telah dibangunkan oleh rakan-rakan anda yang lain. Sila rujuk kepada perubahan yang telah saya buat.

Nama Pelajar : Nadia, Ku Azizah & Siti Fatin
Sistem : Sistem Pinjaman Buku
Modul : Pendaftaran, Maklumat Buku, *Pinjaman Buku, *Carian

Nama Pelajar : Nursyuhada, Nurul Zuha
Sistem : Sistem Pendaftaran Pelajar
Modul : Pendaftaran Pelajar, Maklumat Kelab, Aktiviti Kelab, Laporan

Nama Pelajar : Zaidi, Muhammad Azril, Abdul Fatah
Sistem : Sistem Maklumat Pelajar DSK5
Modul : *Profile, Keputusan Peperiksaan, *E-Study, Maklumat Subjek

Nama Pelajar : Yong Siew Lin, Nadzirah
Sistem : Sistem Maklumat Kelab Multimedia
Modul : Pendaftaran Kelab, Aktiviti Kelab, Kewangan Kelab, Laporan

Nama : Owen, Hairul
Sistem : *Sistem Temujanji Klinik
Modul : Pendaftaran, Permohonan Temujanji, Maklumbalas, Komen/Cadangan

Nama Pelajar : Tavamalar, Dhanasegaran
Sistem : *Sistem Pembelian Buku Secara Online
Modul : Pendaftaran, Maklumat Buku, Tempahan, Komen/Cadangan


Pelajar dikehendaki menyediakan satu antaramuka (interface) yang melibatkan :-
i) Halaman Utama (Main Page)
ii) Menu Utama (Main Menu)
iii)Borang (Form)
iv)Butang Arahan (Command Button)

** Sediakan coverpage yang memuatkan kod subjek, nama subjek, nama ahli kumpulan, no matrik dan nama sistem yang dibangunkan.

Antaramuka mestilah dilakar di lama Microsoft Powerpoint dan dihantar terus pada email saya : iraghazali80@gmail.com selewat-lewatnya pada hari isnin, 3 Ogos 2009.

Teruskan Membaca...

TUTORIAL BUAT PELAJAR DPP - FLEXI

Assalammualaikum wbt.

Kepada : Pelajar flexi, DPP semester 3

Berikut adalah soalan bagi tugasan tutorial Bab 1.

1. Berikan definis terminologi berikut : (5M)
a) Multimedia
b) Pembangunan Multimedia
c) Projek Multimedia Linear
d) Multimedia Interaktif
e) Alat Pengarang
2. Apakah sifat-sifat penting produk Multimedia? (4M)
3. Apakah sistem multimedia (1M)
4. Berikan 5 cara multimedia boleh membantu di dalam proses pembelajaran (5M)

Kaedah penghantaran: Bertaip dan hantar online di email saya, iraghazali80@gmail.com

Teruskan Membaca...

PERHATIAN..

Terdapat beberapa perubahan jadual waktu yang melibatkan sebahagian kecil pensyarah. Jadual ini telahpun dikemaskini dan mula berkuatkuasa pada hari Selasa 28 Julai 2009. Sila semak untuk mengemaskini jadual kelas anda.

Buat pelajar saya DTM3B yang mengambil subjek ITM2323 - Animasi dan Grafik Komputer, jadual pada hari isnin telah diawalkan dari 4.30-5.30 kepada 2.30-3.30. Ianya berkuatkuasa pada hari Isnin minggu depan iaitu 3 Ogos 2009.

Teruskan Membaca...

Welcome Back

Selamat Datang buat semua pelajar junior & senior CICT...
semoga kembali dengan azam yang baru...
tekad dan iltizam yang baru...
dan
semoga berjaya dalam meneruskan perjuangan ini......


all de best... from puan ira..

Teruskan Membaca...

CARRYMARK PENGENALAN KEPADA MULTIMEDIA

Salams buat semua pelajar DCIT2, DPP3, DBM dan DTM. Sila semak carrymark anda di bawah ini. Carrymark yang berwarna merah bermakna anda adalah pelajar yang di bar. Mungkin kena jumpa saya next sem... (repeat). Sebarang pertanyaan sila nyatakan dia shoutbox atau berjumpa terus dengan saya. Sekian.

** klik image to resize


- DTM -


- DBM -


- DCIT2 -


- DPP3 -


- DPP3 -

Teruskan Membaca...

CARRYMARK GRAFIK & ANIMASI KOMPUTER

Salams buat semua pelajar DCIT semester 4 dan 6. Sila semak carrymark anda di bawah ini.... Sebarang pertanyaan sila nyatakan dia shoutbox atau berjumpa terus dengan saya. Sekian.

** klik image to resize

- 1st page -

- 2nd page -

- 3rd page -

Teruskan Membaca...

STRUKTUR SOALAN FINAL - GRAFIK & ANIMASI

Buat pelajar DCIT 4 dan 6, di bawah ini adalah struktur soalan final

Topic Cover : Bab 7 - 11 (Pembinaan Model hingga Perisian Animasi)

Bahagian A : Objektif, 10 Soalan = 10Markah

Bahagian B : Struktur, 5 Soalan = 30 Markah

Bahagian C : Esei Pendek, 7 Soalan = 30 Markah

Teruskan Membaca...

STRUKTUR SOALAN FINAL - MULTIMEDIA

Buat pelajar DCIT 2 dan DPP 3, di bawah ini adalah struktur soalan final :

Topic Cover : Bab 5 - 7 (Audio - Alat Pengarang)

Bahagian A : Objektif, 20 Soalan = 20 Markah

Bahagian B : Struktur, 6 Soalan = 20 Markah

Bahagian C : Esei, 2 Soalan = 20 Markah

Teruskan Membaca...

CLAY ANIMATION - Hasil Kreatif Pelajar DCIT4,6




Inilah dia hasil tugasan yang diberikan kepada pelajar Grafik dan Animasi Komputer, gabungan pelajar dari DCIT 4 dan DCIT 6. Tugasan ini adalah untuk menghasilkan Fasa Penerbitan dan proses pembangunan animasi 3D. Ternyata pelajar-pelajar saya kreatif dan berpontensi menghasilkan yang terbaik untuk tugasan ini. Tahniah kepada semua pelajar-pelajar. Walaupun nampak mudah dan senang menghasilkannya kerana menggunakan tanah liat (clay), namun dengan bakat dan kesungguhan yang ada, pelajar-pelajar saya berjaya menghasilkan yang terbaik dan amat membanggakan. Buat pelajar DCIT hasilkan karya anda semua telah dijadikan sebagai satu pameran di sudut Multimedia Sekolah Pengajian Kejuruteraan Komputer....

Markah Tugasan Clay Animation
( Rangka/Dawai = 10M, Warna Tanah Liat = 10M, Kreativiti = 10M)

Marryun (Popeye) : 30M
Stephany (Ipin) : 28M
Suriany (Upin) : 28M
Nurul Ain (Conan) : 26M
Hazril (CJ7) : 28M
Abdurawi (Kiroro) : 28M **lewat hantar
Zuhairy (Spiderman) : 25M
Asyrani (Doraemon) : 25M
Aidi (Avatar) : 26M
Diknes (Minny) : 30M
Shalini (Donald Duck) : 28M
Shreeshamella (Garfield) :26M
Nalinakshan (Hulk) : 28M
Syahida (SpongeBob) : 28M
Nurul Huda (Patrick) : 30M
Amalina (Pooh) : 30M
Shafiqah (Finding Nemo) : 30M
Sharifah (Kiroro) : 28M
Nurul Sharmim (Planton) : 30M
Farah (Monster Inc) : 30M
Norhamimi (Gerry) : 30M
Rafizah (Shrek) : 28M
Noorlisa (Nobita) : 27M
Munirah (Barbie) : 26M ** dah macam monalisa
Norhafizah (Bugs Bunny) : 26M ** lewat hantar
Nurul Wahida (Sizuka) : 26M
Shanu (SpongeBob) : 26M
Nuraini (Powerpuff) : 30M
Shukor (Sonoopy) : 26M ** warna clay tak sama...
Tomeirawan (Pikacu) : 30M
Normaziani (Hamster Wonderpets) : 28M
Nurhedayu (Anak Ayam Wonderpets) : 30M
Irnofadila (Chip) : 30M
Norazwana (Emo) : 30M
Norjadiena (Pinggu) : 30M
Shaqiyah (Jerry) : 26M
Norazlia (Ninja Boy) : 28M
Izziatul (Mickey Mouse) : 27M
Thompson (Gloria Madagascar) : 28M
Ibrahim (Tiong Man) : 30M
Mohd Hazwan (Tom) : 30M
Mohd Nasirudin (Keluang Man) : 30M
Mohd Firdaus (Wall E) : 26M
Mohd Haiz (Fido Dido) : 26M
Ahmad Mulkan (Eva) : 26M
Ellen (Pucca) : 30M

Teruskan Membaca...

MALU???

Saya ni pemalu ke? Mungkin yang kenal saya sejak dulu, akan kata saya ni pendiam & pemalu. Buat pelajar-pelajar saya yang bakal membuat "presentation" berikut adalah beberapa tips untuk dikongsi bersama :


Kurangkan perasaan malu

Untuk mengurangkan perasaan malu, lakukan langkah sedikit demi sedikit. Kalau tiba-tiba buat public speaking atau public appearance, memang la tak berani and rasa malu. Tetapi, buat sedikit- sedikit, contoh, kalau dalam meeting tak pernah bersuara, paksakan diri untuk bersuara walaupun sedikit sahaja. Lama kelamaan, perasaan malu akan berkurangan sedikit demi sedikit.

Jangan risau dengan tanggapan orang

Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contoh, kita takut ?apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara?. Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan. Pada hakikatnya, ia memang benar- orang disekeliling anda ingin mengetahui lebih dalam mengenai anda!

Berlakon

Yang ini favourite saya. Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenrnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tak perlu tunjukkan yang anda ni pemalu. Berlakon seperti Rosyam Nor ke, seperti Erra ke, yang anda bukan seorang yang pemalu. Anda akan mendapati dalam sedang berlakon itu, perasaan malu akan hilang tiba-tiba!



p/s: Sifat pemalu sememangnya ada baiknya. Cuma jangan jadikan sifat pemalu itu menghentikan kejayaan anda!

Teruskan Membaca...

BUAT PELAJAR DSK6


Buat semua pelajar DSK khususnya DSK 6,
Semoga Berjaya menjawab soalan peperiksaan minggu ini....
Tenangkan hati, bersihkan minda, mulakan dengan Bismillah

Teruskan Membaca...

:: LATIHAN GRAFIK & ANIMASI ::

Kepada pelajar DCIT4 & DCIT6, Sila muat turun dokumen latihan di bawah. Markah keseluruhan bagi latihan ini adalah 50 markah dan akan dimasukkan ke dalam markah Kerja Kursus anda. Kegagalan anda menghantar latihan ini akan menyebabkan anda kehilangan markah kerja kursus anda..

Latihan Pembinaan Model dan Pencahayaan ( PDF ) (mirror)

Bentuk Tugasan : Secara Individu
Kaedah Penghantaran : Salinan Keras (Hard Copy)
Tarikh Hantar : 6hb April 2009 (DCIT4) / 7hb April 2009 (DCIT6)




Teruskan Membaca...

TAHNIAH KONTINJEN A

Pada 25 Mac (Rabu) yang lepas, CICT dengan jayanya telah melancarkan Kejohanan Sukan Cybernetics. Tahniah diucapkan pada kontinjen A iaitu gabungan padu dari Kelab Penerbitan (Mentor : Pn Ira) dan Kelab Sukan (Mentor : En Naslan). Sebagai ketua kontinjen saya bangga dengan kejayaan ahli-ahli kelab Penerbitan dan Sukan. Menang kalah perkara kedua yang penting kerjasama dan semangat bersama untuk melakukan yang terbaik.. Syabass!!
Banner Hari Kejohanan Sukan CICT

Pasukan Kelab Kontinjen A menerima trofi Juara Keseluruhan Kontinjen Kelab
Kontinjen A bangga menunjukkan pingat yang masing-masing peroleh

Bergambar Kenangan
Uiii siap makan pingat tu... sabar-sabar saya tau semua dah kelaparan...

Teruskan Membaca...

"LIVE BERSAMA ALLY"

“LIVE” BERSAMA ALLY

PARA PELAJAR DAN PENSYARAH YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI SIARAN LANGSUNG BERSAMA ALLY EPISOD AKHIR YANG AKAN DIADAKAN PADA :


HARI : 25/3/2009 (RABU)

WAKTU : 11.00 MALAM

TEMPAT : STUDIO 2 SHAH ALAM


PENGANGKUTAN DISEDIAKAN PERGI DAN BALIK. TEMPAT BERKUMPUL ADALAH DI KANGKUNG.


CEPAT…. TEMPAT TERHAD!! HANYA 40 PELAJAR SAHAJA YANG DIPERLUKAN. SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!


SESIAPA YANG BERMINAT SILA BERIKAN NAMA PADA SELEWAT-LEWATNYA PADA HARI ISNIN (23/3/2009):


HAFIZ DPP 6D : 0199624814
HOOD DPP 6C : 0123237632

ATAU BERHUBUNG TERUS DENGAN MENTOR KELAB PENERBITAN – PN IRA

Teruskan Membaca...

CARRYMARK 50%

Kepada semua pelajar, sila semak carrymark anda di bawah ini.

** klik image to resize

Kelas : DCIT 4, 6
Subjek : TKM2211 - Animasi dan Grafik Komputer

[page 1]

[page 2]


Kelas : DCIT 2
Subjek : TKM2105/IT2005

[page 1]

Kelas : DPP3
Subjek : ITM2113 - Pengenalan Kepada Multimedia


[page 1]
'
[page 2]

Teruskan Membaca...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...