Influenza A (H1N1)

Apakah Virus Influenza A (H1N1)?

Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan.
Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain.

Adakah Virus Ini Berjangkit?

CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?

Simptom Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik
.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?

Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?

Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup.
Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.
• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

*** pesanan buat pelajar2 CICT ~ jaga kesihatan diri baik-baik..... semoga Allah lindungi kalian =)

Teruskan Membaca...

E-Pentadbiran : Tutorial 1

1. Nyatakan definisi organisasi maya secara umum
2. Nyatakan definisi organisasi maya didalam teknologi maklumat
3. Terangkan 5 istilah organisasi maya
4. Kolaborasi atau perkongsian merupakan salah satu istilah di dalam organisasi maya. Nyatakan perkongsian apa yang dimaksudkan dalam organisasi maya.
5. Terangkan ciri-ciri organisasi maya
6. Nyatakan kebaikan dan kelemahan organisasi maya

Sila hantar tutorial ini, bertaip selewat-lewatnya pada hari rabu, 5 ogos 2009

Teruskan Membaca...

TUGASAN 1 - MEMBANGUNKAN SISTEM MAKLUMAT

Perhatian kepada pelajar DSK 5 :

Dibawah ini saya senarai nama pelajar dan nama sistem yang akan dibangunkan. Terdapat beberapa perubahan pada modul (yang bertanda *). Dan ada juga sistem yang telah saya tukar kepada sistem baru berikutan sistem tersebut telah dibangunkan oleh rakan-rakan anda yang lain. Sila rujuk kepada perubahan yang telah saya buat.

Nama Pelajar : Nadia, Ku Azizah & Siti Fatin
Sistem : Sistem Pinjaman Buku
Modul : Pendaftaran, Maklumat Buku, *Pinjaman Buku, *Carian

Nama Pelajar : Nursyuhada, Nurul Zuha
Sistem : Sistem Pendaftaran Pelajar
Modul : Pendaftaran Pelajar, Maklumat Kelab, Aktiviti Kelab, Laporan

Nama Pelajar : Zaidi, Muhammad Azril, Abdul Fatah
Sistem : Sistem Maklumat Pelajar DSK5
Modul : *Profile, Keputusan Peperiksaan, *E-Study, Maklumat Subjek

Nama Pelajar : Yong Siew Lin, Nadzirah
Sistem : Sistem Maklumat Kelab Multimedia
Modul : Pendaftaran Kelab, Aktiviti Kelab, Kewangan Kelab, Laporan

Nama : Owen, Hairul
Sistem : *Sistem Temujanji Klinik
Modul : Pendaftaran, Permohonan Temujanji, Maklumbalas, Komen/Cadangan

Nama Pelajar : Tavamalar, Dhanasegaran
Sistem : *Sistem Pembelian Buku Secara Online
Modul : Pendaftaran, Maklumat Buku, Tempahan, Komen/Cadangan


Pelajar dikehendaki menyediakan satu antaramuka (interface) yang melibatkan :-
i) Halaman Utama (Main Page)
ii) Menu Utama (Main Menu)
iii)Borang (Form)
iv)Butang Arahan (Command Button)

** Sediakan coverpage yang memuatkan kod subjek, nama subjek, nama ahli kumpulan, no matrik dan nama sistem yang dibangunkan.

Antaramuka mestilah dilakar di lama Microsoft Powerpoint dan dihantar terus pada email saya : iraghazali80@gmail.com selewat-lewatnya pada hari isnin, 3 Ogos 2009.

Teruskan Membaca...

TUTORIAL BUAT PELAJAR DPP - FLEXI

Assalammualaikum wbt.

Kepada : Pelajar flexi, DPP semester 3

Berikut adalah soalan bagi tugasan tutorial Bab 1.

1. Berikan definis terminologi berikut : (5M)
a) Multimedia
b) Pembangunan Multimedia
c) Projek Multimedia Linear
d) Multimedia Interaktif
e) Alat Pengarang
2. Apakah sifat-sifat penting produk Multimedia? (4M)
3. Apakah sistem multimedia (1M)
4. Berikan 5 cara multimedia boleh membantu di dalam proses pembelajaran (5M)

Kaedah penghantaran: Bertaip dan hantar online di email saya, iraghazali80@gmail.com

Teruskan Membaca...

PERHATIAN..

Terdapat beberapa perubahan jadual waktu yang melibatkan sebahagian kecil pensyarah. Jadual ini telahpun dikemaskini dan mula berkuatkuasa pada hari Selasa 28 Julai 2009. Sila semak untuk mengemaskini jadual kelas anda.

Buat pelajar saya DTM3B yang mengambil subjek ITM2323 - Animasi dan Grafik Komputer, jadual pada hari isnin telah diawalkan dari 4.30-5.30 kepada 2.30-3.30. Ianya berkuatkuasa pada hari Isnin minggu depan iaitu 3 Ogos 2009.

Teruskan Membaca...

Welcome Back

Selamat Datang buat semua pelajar junior & senior CICT...
semoga kembali dengan azam yang baru...
tekad dan iltizam yang baru...
dan
semoga berjaya dalam meneruskan perjuangan ini......


all de best... from puan ira..

Teruskan Membaca...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...